Cara Guna
1Daftar & buat majlis
Pilih pelan, isi nama majlis dan masa album dibuka, kemudian bayar melalui FPX / Kad / GrabPay.
2Cetak atau kongsi QR
Letak QR atas meja tetamu, atau kongsi pautan dalam WhatsApp.
3Tetamu snap gaya kamera filem
Pilih rupa Klasik, Matahari, Kuning, HDR, Fuji, Kilat, Hitam Putih atau Asal. Setiap tetamu ada had gambar.
4Album didedahkan
Gambar terkumpul secara rahsia dan album anda dibuka pada masa yang ditetapkan, macam tunggu filem siap cuci.
Kenapa Sejenak
📱 Tiada app untuk install
Terus buka dalam pelayar telefon selepas imbas QR.
🎞️ Rupa filem dengan cop tarikh
Mod Klasik dengan cop tarikh oren dan habuk filem, serta rupa lain seperti Fuji dan Hitam Putih.
🔢 Gambar terhad setiap tetamu
Macam kamera disposable sebenar. Setiap snap lebih bermakna.
🔒 Album peribadi tuan rumah
Hanya anda yang ada pautan berkunci untuk buka album.
📦 Muat turun ZIP
Simpan semua gambar sekali gus, atau pilih yang anda suka.
🏦 Bayar dengan FPX / Kad / GrabPay
Bayaran selamat melalui FPX / Kad / GrabPay (Stripe).
Soalan Lazim
Perlu install app?
Tidak. Tetamu cuma imbas QR dan kamera terus dibuka dalam pelayar telefon.
Berapa lama gambar disimpan?
12 bulan untuk pelan Asas dan Kahwin, dan 30 hari selepas bayaran untuk pelan Promosi. Selepas itu gambar dipadam secara automatik, jadi muat turun ZIP sebelum tarikh itu.
Bila tetamu boleh nampak gambar?
Tetamu tidak nampak album. Album hanya dibuka untuk tuan rumah pada masa yang anda tetapkan. Tetamu masih boleh terus snap selepas itu.
Boleh guna untuk majlis selain kahwin?
Boleh. Sesuai untuk tunang, aqiqah, hari jadi, reunion, majlis syarikat dan apa-apa acara.
Bayaran macam mana?
Bayar sekali bagi setiap majlis melalui FPX / Kad / GrabPay (Stripe). QR dan album aktif sebaik bayaran disahkan.
Siapa boleh tengok album?
Hanya tuan rumah yang ada pautan album berkunci, boleh dibuka dari halaman Akaun.